Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Tampin ialah sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak
di Km 1, Jalan Seremban dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia serta
memiliki kod sekolah iaitu NBD5029.[1][2]
Pada 2021, SJKT Tampin memiliki 132 pelajar lelaki dan 146
pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 278 orang. Ia
mempunyai seramai 26 orang guru.2021
Sekolah Tamil Tampin telah
ditubuhkan pada tahun 1937 oleh mubaligh – mubaligh agama Kristian. Ia
ditempatkan di tingkat atas sebuah rumah kedai di pekan Tampin ini. Pada masa
itu, hanya dua orang guru sahaja yang bertugas di sekolah ini dengan
jumlah bilangan murid seramai 40 orang.En.J.Henry telah menjadi Guru Besar di
sekolah ini sehingga 1939.Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat sebagai
Inspektor Sekolah – Sekolah Tamil Negeri Sembilan. En.John Abraham telah
mengambil alih tempatnya.
Pada masa pemerintahan Jepun di Malaya, sekolah ini telah
dipindahkan ke bangunan lain.Semasa itu seramai tiga orang guru yang bertugas.
Sepanjang pemerintahan Jepun iaitu dari tahun 1942 – 1945, En. John Abraham
telah memegang jawatan sebagai Guru Besar. Selepas Perang Dunia Kedua,sekolah
ini telah diberi sebuah bangunan sendiri iaitu berhampiran dengan
bangunan sekarang. Dua orang guru bertugas dengan jumlah murid sebanyak 50
orang.
Pada tahun 1955, kerajaan mengambil alih pengelolaan
sekolah ini dari pengembang agama Kristian.Kerajaan telah membina sebuah
bangunan baharu untuk sekolah ini.Nama sekolah juga ditukar , iaitu dari
Sekolah Tamil Tampin kepada National Type Primary School, Tampin.Semua guru
terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk Guru Besar,En.N.Kandasamy.Sekolah
ini telah mendapat segala kemudahan seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain.
Pada tahun 1961, Sekolah Tamil Legong Ulu telah dicantumkan
dengan sekolah ini.Bilangan murid telah meningkat kepada lebih kurang 129
orang.Untuk mengatasi masalah kelebihan murid,satu bangunan tambahan telah
dibina pada tahun 1963 . Bangunan ini mempunyai 2 buah bilik darjah sahaja.Pada
tahun 1982,sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah sekolah ‘percubaan’ bagi Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Pada tahun 1988,bangunan lama telah membina sebuah bilik
guru dan bilik BBM sebagai langkah membantu sekolah.Pada tahun 1989,pihak
kerajaan dengan rancangan gotong royong telah membina sebuah bangunan tambahan
dengan 5 bilik darjah.Ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM50000.Mulai
Januari 1990,dua sesi sekolah yang sedia ada (pagi dan petang) telah ditukarkan
kepada satu sesi sekolah . Penambahan murid menyebabkan pihak sekolah telah
mengambil usaha untuk menambahkan bangunan baharu 4 tingkat yang mempunyai
keperluan – keperluan asas.
Pada tahun 1998, dibawah kepimpinan En.Chandran Ramasamy.ANS,
bangunan lama telah dirobohkan .Pada masa yang sama,sebuah bangunan sementara
yang mempunyai 3 bilik darjah telah dibina untuk keperluan murid-murid
ini. Pada tahun 1998,pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baharu 4 tingkat
di tapak bangunan lama yang dirobohkan.
Pada tahun 2000, astaka telah dibina di tapak perhimpunan dengan
sumbangan yang diberi oleh Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS. Beliau juga
telah bantu bina bumbung di belakang bangunan 4 tingkat. Ini banyak membantu
murid menggunakan laluan tersebut pada musim hujan. Satu pondok menunggu untuk
murid juga telah dibina di pintu belakang dengan sumbangan Rotary Club. Datuk
Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS dan En.Ganeson Muthu, YDP PIBG telah
mengusaha untuk dapatkan sumbangan dari Rotary Club.
Dato Dr.RL.Ananthan telah memberi sumbangan RM 5000 untuk
mewujudkan perpustakaan sekolah dan perpustakaan tersebut dinamakan atas nama
beliau. Pada tahun 2000 juga, Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS
telah menjanji akan memberi RM 2000 setiap tahun untuk temasya sukan sekolah.
Beliau telah memberi sumbangan tersebut sehingga tahun 2019.
Pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan prasekolah pada
tahun 2002 dan makmal komputer pada tahun 2003.Pada tahun 18.10.2003 satu
Majlis Jamuan Makan Amal telah diusahakan oleh Datuk Hj Fadzil A Bakar,
Pengerusi LPS. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama YDP PIBG, En.Ganeson
Muthu bersama AJK PIBG dan ahli-ahli. Dana sebanyak RM 115 000 dapat
dikumpulkan melalui majlis tersebut. Dana itu telah digunakan untuk
penyelenggaran bilik muzik dan juga kantin sekolah. Susur gajah di pintu masuk
kedua juga telah diwujudkan. Selain daripada itu, sebahagian besar dana telah
digunakan untuk program pembangunan kemenjadian murid khususnya dalam akademi
dan kokurikulum. Pegawai Daerah Tampin masa itu, Dato Hj Yusof dengan telah pun
memberi kebenaran untuk menggunakan tanah kerajaan bagi tujuan menjalankan
aktiviti kokurikulum dan sukan. Ini telah diusahakan oleh LPS sekolah dibawah
kepimpinan Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS. Pagar juga didirikan oleh
Majlis Daerah Tampin bagi memastikan keselamatan murid-murid.
En K.Sathiya Narayanan, Guru Besar SJKT Tanah Panjis, Rompin
telah menggantikan beliau pada April 2007 dan bilik –bilik darjah bangunan
baharu telah pun dinaiktarafkan. Beliau hanya berkhidmat di sekolah ini untuk
masa yang singkat sahaja. Pada bulan Oktober 2007, En. K.Sathiya Narayanan
telah dinaik pangkat sebagai Penolong Pengarah Sekolah Rendah di Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan. En. V. Ravindrah , Penyelia Kanan PPD Seremban telah
dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar Cemerlang dalam bulan November 2008.
Pada tahun 2008, kantin sekolah telah pun dinaiktarafkan dengan bantuan
Kementerian Pelejaran Malaysia. Pada masa yang sama, bangunan sekolah 4 tingkat
juga dicatkan.
Pada 28.11.2010, LPS dibawah kepimpinan Datuk Hj Fadzil A
Bakar bersama PIBG sekolah ,MIC bahagian Tampin dan Persatuan Kebajikan India
Tampin telah bergabung tenaga menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi kali
kedua untuk mengumpul dana pembangunan kebajikan sekolah.Kali ini dana sebanyak
RM 130,000 dikumpulkan. Dua buah pondok bacaan dapat dibina dengan bantuan PIGB
dan juga ahli Lembaga Pengurusan.
Pada tahun 2012 En.M.Nagaretnam.ANS telah mengambil alih tugas
guru besar dari En. V. Ravindrah. Pada tahun 2015, beliau telah berpindah ke
SJKT Lorong Java dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Sekolah-Sekolah Tamil di
Kementerian Pendidikan Malaysia. En.G.Mohan telah mengantikkan
En.M.Nagaretnam.ANS pada tahun 2015 dan berkhidmat sehingga 5 Disember 2018.
Pada waktu beliau, sekolah telah dipilih bagi Program Trasformasi Sekolah 2025
yang dikenali TS25.
Pada 5 Disember 2018, En.Thillai Villallan Kuppusamy.PJK
guru besar SK St Aidan, Bahau telah mengambil alih tugas guru besar SJKT
Tampin. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru akademik dan GPK HEM di
sekolah dari tahun 1999 hingga 2007. BEliau juga seorang guru besar DG44 yang
mempunyai Diploma Dalam Pengurusan Pentadbiran (NPQEL 2013) dan Izajah Dalam
Pendidikan. Beliau menentukan hala tuju pengurusan sekolah kepada tiga fasa.
Fasa pertama adalah penyelenggaran infrastruktur dari tahun 2018 hingga tahun
2020. Fasa kedua adalah menumpukan kepada kemenjadian murid dibawah Program
Pembangunan pendidikan YATNA dari tahun 2021 hingga tahun 2023. Fasa akhir
adalah menjadikan SJKT Tampin sebagai sekolah Primier di daerah Tampin serta
melahirkan anak ABC (anak yang baik lagi cerdik).
Pada fasa pertama, beliau telah bermula dengan mewujudkan
bendera dan logo baru sekolah. Seterusnya bilik komputer, kantin sekolah dan
prasekolah telah dinaiktraf. Susur gajah di prasekolah telah dibina bagi
memudahkan pergerakan murid semasa musim hujan. Tanda nama sekolah yang telah
pudar juga dibaiki bagi memberi gambaran yang megah bagi sekolah. Pada tahun
2019 juga, pejabat sekolah telah dinaiktaraf dan dewan sekolah dicat semula.
Tapak perhimpunan yang berada dalam keadaan kurang selesa telah diturap semula
dan papan elektronik dipasang bagi memaparkan maklumat sekolah kepada orang
awam. Moto sekolah ” The Best of the Best” telah diwujudkan oleh beliau
dan dipaparkan di bangunan utama sekolah. Pada tahun yang sama juga, sekolah
telah dipilih untuk Dual Langguange Programe (DLP) dimana murid mula belajar
subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris.
Datuk Hj Fadzil A Bakar, Pengerusi LPS telah menyumbang baju
korparat kepada semua warga sekolah. En.Yesudas juga telah bantu dapatkan
cermin mata kepada 20 orang murid melalui Lion Club. Beliau salah seorang
yang sangat membantu sekolah dengan memberi sumbangan untuk program
sekolah.
Pada tahun 2020, perkara pertama yang telah dilakukan oleh guru besar En.Thillai Villallan Kuppusamy.PJK adalah menyediakan tempat menunggu ibu-bapa. Tempat menunggu ibu-bapa yang menghantar dan mengambil anak telah dibina dengan kerjasama LPS dan PIBG. Pagar diantara bangunan utama dan prasekolah juga dipasang bagi memastikan keselamatan murid. Setiap bilik darjah juga telah diselenggara dengan menukar pintu masuk bilik darjah. Seterusnya, beliau telah mengubahsuai makmal sains dengan pelbagai kelengkapan seperti sinki di setiap meja, perabot dan keceriaan makmal. Perpustakaan sekolah juga dipindahkan dari tingkat empat ke bangunan bawah supaya semua murid dapat akses perpustakaan dengan mudah pada waktu pagi dan petang. Bilik perpustakaan lama telah diselenggara dan dijadikan sebagai bilik darjah. Bilik guru kaunsling dan guru data diwujudkan bersebelahan makmal sains. CCTV dipasang sekitar sekolah bagi memerhati pergerakan murid.
Pada hujung tahun 2020, bilik muzik yang serba lengkap telah
diwujudkan bagi meningkatkan minat murid terhadap seni muzik. Pintu masuk utama
sekolah diceriakan dengan memasang tanda nama dan ucapan aluan. Bilik RBT
telah dipindahkan ke blok A dan sinki air dipasang di setiap aras bagi
memudahkan murid cuci tangan pada waktu pandemik COVID-19. Satu usaha besar
yang dilakukan oleh beliau adalah memasang Smart TV di setiap kelas bagi
memudahkan guru menjalankan PdPc abad ke-21. Dua gelanggang badminton telah
diwujudkan di dewan Thiruvalluvar bagi melatih murid. Pada tahun 2020 juga,
guru yang lama berkhidmat di sekolah ini telah ditukarkan dan enam guru muda
diterima. Guru besar telah mengusaha untuk mandapatkan makanan bagi murid
golongan B40 melalui agensi BUDIMAS dan berjaya mendapatkan makanan kepada 100
orang murid. Guru besar dengan berprinsip ”Ubah semua” dan ” bertindak
sekarang” berusaha keras untuk membawa pelbagai perubahan dalam sekolah bagi
peningkatan akademik dan keselesaan murid.
Pada fasa kedua tahun 2021, Program Pembangunan pendidikan YATNA
telah dimulakan. Program ini adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dalam
semua bidang serta meningkatkan prestasi murid galus. Pelbagai program
dirancang dibawah Program Pembangunan pendidikan YATNA. Antaranya adalah
program membaca, program pemulihan, program fast matematik, latihan catur dan
badminton.